Tuntutan rebat tunai dilanjut tahun depan

sumber : Berita Harian

1.7 juta pembayar cukai jalan fasa pertama layak mohon

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu, layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula esok.

Pos Malaysia Bhd (PMB) memutuskan untuk melanjutkan pembayaran rebat tunai fasa pertama itu yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini sehingga 31 Mac tahun depan bagi mengelakkan kesesakan di pejabat pos seluruh negara.

Tuntutan rebat tunai itu boleh dilakukan di semua 683 pejabat pos seluruh negara, kecuali di Bukit Bendera, Pulau Pinang; Pulau Carey, Selangor dan Changkat Jering, Perak yang tidak dilengkapkan dengan sistem komputer bersepadu kerana aliran pengguna yang rendah.

Pembayaran rebat tunai fasa kedua pula akan dimulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang membayar atau memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan.

Pemilik kenderaan yang layak dibenarkan menuntut rebat bagi maksimum lima kenderaan persendirian (termasuk motosikal dan kereta), tetapi waris pemilik yang sudah meninggal dunia tidak layak berbuat demikian jika penukaran nama pemilik dibuat.

Pemangku Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMB, Datuk Abu Huraira Abu Yazid, berkata sepanjang pelaksanaan pembayaran fasa pertama rebat tunai yang bermula esok sehingga 30 Jun ini, pihak ketiga tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pemilik sebenar.

Sebaliknya, katanya, pihak ketiga hanya dibenarkan mewakili pemilik kenderaan persendirian mulai pembayaran fasa kedua bagi melancarkan urusan dan mengelak kekeliruan timbul ketika sesi pembayaran fasa pertama.

“Pemilik kenderaan mestilah datang sendiri bagi menuntut rebat tunai itu dan tuntutan akan dibayar secara tunai. Pemilik juga hanya perlu membawa kad pengenalan diri (MyKad atau kad tentera dan polis) dan mengisi borang tuntutan di pejabat pos.

“Pemilik perlu mengisi borang tuntutan yang boleh diperoleh di pejabat pos dengan maklumat peribadi membabitkan nama penuh pemilik kenderaan, nombor kad pengenalan serta nombor pendaftaran kenderaan sebelum menyerahkannya di kaunter.

“Kerani kaunter akan mengesahkan kelayakan bagi mendapatkan rebat melalui sistem maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum menyerahkannya kepada mereka yang layak. Segala persiapan sudah dibuat dan PMB ingin menasihatkan pemilik kenderaan bahawa mereka mempunyai masa yang cukup sehingga 31 Mac tahun depan untuk membuat tuntutan,” katanya dalam sesi taklimat media di Ibu Pejabat PMB, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Ibrahim Mahaluddin Puteh dan Ketua Unit Maklumat dan Teknologi PMB, Rosdeen Hassan.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan trak pikap serta jip sehingga 2,500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun.

Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun. Pembayaran itu pada awalnya dijadual 1 Julai, tetapi dipercepatkan ke esok bagi mengurangkan beban rakyat.

June 13, 2008. Uncategorized.

Leave a Comment

Be the first to comment!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback URI

%d bloggers like this: